Friday, 20 July 2012

20 TIPS cinta si lelaki setia ♥

TIPS BILA LELAKI BENAR-BENAR SERIUS DALAM PERCINTAAN :)

-kecantikan kamu diketepikan , keikhlasan kamu diutamakan .

-apabila timbul orang ketiga , dia akan hilang akal dan sanggup berbuat apa sahaja untuk merebut kembali kekasihnya .

-si dia akan sentiasa menghantar sms walaupun tidak dibalas . ini tanda si dia sentiasa memikirkan kamu .

-si dia sanggup menitiskan air mata demi kekasihnya . bukan semua lelaki sanggup menitiskan air mata hanya untuk seorang perempuan . tidakkah kamu terharu melihat seseorang lelaki yang sanggup menitiskan air mata demi kamu ? itu membuktikan cintanya begitu kuat buat kamu .

-sentiasa menghiburkan hati kami dikala gundah . sentiasa bersungguh-sungguh melakukan sesuatu untuk kamu .

-jangan anggap teman lelaki kamu seorang yang kuat membebel . sekiranya setiap masa dia mencuba memberi kamu nasihat , ingatlah bahawa nasihat bermakna mengingati .

-jika sudah sayang , macam-macam kamu akan fikirkan termasuklah bimbang akan kehilangannya . begitu juga jika teman lelaki kamu menyatakan dia selalu memikir dan risaukan kesudahan hubungan kamu . ini bermakna dia selalu memikirkan mengenai hubungan kamu dan bagaimana untuk menyelamatkannya dari berakhir begitu sahaja .

-ada juga lelaki yang cepat berasa sensitif dan mudah marah sekiranya apa yang diperkatakannya tidak diambil perhatian , lebih-lebih lagi dari orang yang dia sayangi . baginya kamu bersikap acuh tidak acuh . hali ini boleh menimbulkan perasaan cemburu yang meluap-luap , tambahan pula sekiranya kamu boleh menjadi pendengar yang setia kepada orang lain . pasti dia merase dirinya tidak lagi berguna untuk kamu .

-lucu tapi hakikatnya begitulah apabila teman lelaki kamuberperagai seperti budak kecil semata-mata untuk mendapatkan perhatian daripada kamu . si dia mahu bermanja dan inginkan kekasihnya melayannya lebihdaripada orang lain yang pernah kamu sayangi . kalau dia merajuk , cubalah sesekali memujuknya .

-kamu hadapi masalah dan orang pertaa yang datang membantu kamu adalah teman lelaki kamu . tandanya dia tidak mahu melihat kamu susah dan rase bertanggungjawab untuk membantu .

-sekiranya teman lelaki kamu sentiasa bertanyakan soalan yang sama iaitu ' you masih sayang i?' , jangan anggap itu satu persoalan yang membosankan . itu tandanya si dia tidak mahu kasih sayang kamu kepadanya luntur . sebab itulah kalimah tersebut sentiasa diulang-ulang agar kamu tahu betapa si dia sentiasa mahu kamu ingat bahawa kamu sudah dimiliki olehnya .

-tidak suka kamu memakai seksi kerana tidak suka kamu diperhatikan oleh lelaki lain walaupun berlengan pendek .

-dia berusaha mengongkong kebebasan kekasihnya kerana perasaan cemburunya yang meluap-luap .

-sentiasa mengawasi pergerakkan kamu kerana dia sentiasa berasa curiga .

-dia mudah berasa cemburu dan sensitif apabila kekasihnya tidak menumpukan sepenuh perhatian kepadanya .

-dia tidak akan melayan perempuan lain yang tidak ada urusan penting dengannya .

-kalau ditinggalkan oleh kekasihnya , dia akan berasa serik dan tidak percaya dengan cinta perempuan lain . namun dia sentiasa berharap agar kekasihnya kembali kepadanya .

-dia tidak suka kamu keluar malam . tanda ingin menjaga pandangan orang lain terhadap kamu .

-dia tidak akan berlaku curang kepada kekasihnya namun jikalau dia berbuat demikian itu bererti hatinya belum 100% mencintai kamu .

-dia tidak suka ada lelaki lain mendekati kamu .



#HARGAILAH lelaki dan terimalah mereka seadanya . berilah diri kamu peluang untuk kembali mencintai seseorang yang bergelar lelaki .

No comments:

Post a Comment