Friday, 20 July 2012

Pertengkaran :)


Assalamualaikum :)

hari ni aku tak nak tulis pasal aku pun macam post2 aku sebelum nih . hari ni aku nak cerita tentang pertengkaran . aku rase semua orang pernah bertengkar atau bahasa zaman sekarangnya ialah gaduh . tak kisah lah gaduh pasal ape atau berapa lame sekali pun . aku rase semua orang memang pernah gaduh .

kenapa setiap kali bergaduh dengan seseorang , kita kena memusuhinya ? setiap manusia tu melakukan kesilapan. tak de pun yang sempurna . kalau dia sempurna , bukan manusia tapi malaikat . sepatutnye , kalaulah kawan kita buat sesuatu yang salah . kita tegurlah dia elok2 . dan janganlah terus benci dia dan cerita macam2 kat orang lain pasal dia . elok ke buat peragai macam tuh ? mungkin memang si kawan awak tu buat salah yang benar2 buat awak rase bodoh . tapi . jangan sampai memusuhi dia . berbincang dengan dia elok2 . Insya Allah dia tak buat macam tu lagi . dalam Islam ada cakap . janganlah kita bertengkar dan tidak bertegur sesama sendiri melebihi 3 hari . jadi janganlah kita memutuskan 1 hubungan silaturrahim yang telah terjalin . kan tak elok tuh .

kenapa orang yang berpegang kuat pada agama ni memburukkan imej agamanya dengan pertengkaran ?macam aku cakap tadi . semua orang mesti pernah bergaduh . tapi aku selalu tengok orang yang kuat agama , pakai tudung labuh , tak layan perempuan and so on nih mesti meminggirkan orang-orang yang tak sebaik golongan mereka . setahu aku , dalam Islam ada cakap . golongan yang bijak pandai mengenai Islam tu ajarlah kepada mereka yang jahil tentang agama . if kawan kita ni menipu , jangan lah kita terus pinggirkan dia . sepatutnye , bincanglah dengan dia elok2 . setiap orang kat dunia ni melakukan sesuatu tu pasti bersebab . jadi , ape salahnye kita tanye kat kawan kita tuh kenapa dia menipu ? pasti ade sebab musababnye yang tertentu . lepas kita dah tahu sebabnya , berilah nasihat kepadanye . itu lah yang sepatutnye seseorang itu lakukan .

kenapa bila bergaduh , anda perlu menjatuhkan orang lain ? ni perkara biase . paling kerap kalau di sekolah . bila seseorang tu bergaduh . si A mesti akan burukkan si B dan si B akan melakukan yang sebaliknya . kenapa perlu macam tu ? bagilah peluang untuk sesebuah persahabatan tu berbincang . janganlah kita menunding jari sesama sendiri . tundinglah setiap kesalahan itu pada diri kita sendiri , kerana apabila kita merasakan kita telah melakukan banyak kesalahan kepada orang lain , kita akan kerap memohon kemaafan dari orang lain . tak perlulah kita nak drop seseorang itu sampai buat dia rase down . anda tahu tak itu dianggap sebagai buli ? anda memang tak mencederakan tubuh badannya , tetapi anda telah membuli mentalnya . 

aku ni ak lah arif tentang Islam , tapi aku cube melakukan sesuatu yang diajar oleh Islam mengikut pengetahuan aku . untuk pengetahuan anda . 'bertengkar tetapi melampaui batas' merupakan 1 ciri-ciri orang yang munafik . tak semestinya orang yang berdusta itu sahaja munafik . bagi aku . senyap itu lebih indah daripada menceritakan keburukkan orang lain .

ini sekadar ape yang berada di minda aku . tak menghina sesiapa dan post ini tak ditujukan kepada sesiapa pun okay . jika ada salah dan silap dari segi struktur ayat atau pernyataan , aku minta maaf sangat2 . tak berniat nak point siapa2 :)

No comments:

Post a Comment